Entry: Lughatul Jannah inda ajnabi.. Wednesday, August 22, 2007



Apabila Orang Cina Bertutur Bahasa Arab..

Aku dijemput untuk menjadi pembantu (untuk menjawab soalan didalam Bahasa Arab) didalam lawatan para peserta Musabaqoh (Pertandingan) Tilawah alQuran di LTH.

Majlis diserikan dengan video oleh pihak Komunikasi Korporat yang bertajuk "TH Showcase". Alhamdulillah, semua takjub dengan tayangan penerangan sejarah
penubuhan TH dan perkhidmatan kepada jemaah haji tersebut.

Walaubagaimana, soalan didalam Bahasa Arab tiada dikemukakan.

Kedengaran soalan dari peserta Nigeria dan Russia dengan mengajukan soalan berbahasa Inggeris.

Setelah selesai, peserta dikehendaki menulis buku khas untuk tetamu luar negara.

2 orang pengiring khas peserta mula terkial-kial menunjukkan sesuatu didalam buku autograf tersebut. Peserta Libya yang sempat menulis dalam tempoh masa yang lama.

Akhirnya aku mula merapatkan diri ditempat mengisi autograf.

Rupa-rupanya kebanyakannya atau boleh aku katakan hampir keseluruhan peserta bertutur didalam Bahasa Arab! Pegawai lain menarik nafas lega kerana aku mula cuba 'menyibukkan diri' menyelamatkan keadaan dengan bertaamul secara ringkas seperti berikut :

Nama (Ismun)

Alamat / Negara ('unwan / alBalad)

Tandatangan (Tauqi')

Alhamdulillah, pengajaran terpenting bagi peserta ialah memahami isi kandungan yang dibaca oleh mereka. Itulah juga faedah utama kepada orang-orang Islam untuk memahami isi kandungan alQuran serta berusaha beramal dengan suruhan dari Allah dan menjauhkan diri dari melakukan perkara yang telah ditegah dan dilarang Allah Ta'ala.

Sketsa 1:

"Berapa kuota di Negeri Cina setiap tahun?"  tanya salah seorang pengurus.

Peserta China tersebut hanya mengangkat bahu tidak tahu apa yang dikatakan oleh pengurus didalam Bahasa Inggeris. Peserta Iran disebelahnya mula berkata dengan
kuat "kam 'adad alhujjaj asSiniyyin fis sanah" (berapa bilangan jemaah haji China didalam setahun?)..

"Oooooooooooo..."

Aku mula merasa terlalu malu kepada diri sendiri kerana mustawa (peringkat / mutu) bahasa arab mereka lebih fasih / kemas dan menarik..

Sketsa 2:

Dimajlis makan, sempat menyapa peserta Bosnia yang merupakan Imam ditempatnya. Pertuturan juga didalam Bahasa Arab.



"Dimana kamu belajar bahasa arab?"
Soalku.

"Di Bosnia.!" katanya mudah.

Aku suka minum 'filjan' (secawan kopi dari Bosnia ketika sempat menjejaki bumi tersebut)

Sketsa 3:

Terjumpa Qari dari Morocco. Sempat menyapa ringkas. Beliau berasal dari 'Araish (utara Morocco). Tempat yang selalunya aku transit bas apabila bermusafir ke Utara.

Sempat menggunakan darija (bahasa pasar Morocco) dengannya. Rupanya rindu juga aku bahasa darija tersebut. Heheh

Akhir majlis, aku dapat 'lampu hijau' untuk bersedia jika ada lawatan dari luar negara lagi khususnya pelawat BERBAHASA ARAB..

Hehe

Singkatan :
LTH : Lembaga Tabung Haji
TH : Tabung Haji

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments