Entry: Nasir asSunnah.. Saturday, August 04, 2007



2 orang ‘Nasir asSunnah’ di Taman Permata, Melawati..

Berpindah dari Taman Permata ke BTS memang meninggalkan kenangan walaupun hanya 2 bulan. Ini kerana aku telah meninggalkan Masjid alHidayah, ada 2 orang ustaz yang aku ‘seronok’ mendengar ceramahnya. Ini ceramah mereka ini mengutamakan kesahihan hadith (biasa disebut periwayatan hadith apabila menyebut sumber hadith) dan membawa isu-isu terbaca yang sedang berlaku. Kedua orang mereka itu :


  1. Ustaz Md Noor

Berpakaian seperti syeikh di Saudi. Jubah dan ‘igal’ yang jarang aku temui orang melayu berpakaian begitu ketika berceramah. Macam Dr ‘Aid Qarni. Bacaan alQuran ketika mengimami solat seperti asSudais. Pendidikannya di Mesir. Penjelasannya jelas dengan diterangkan hadith-hadith sekaligus dengan periwayatan. Masih muda dalam lingkungan 30.

Beliau mengajar kitab atTarghib wa Tarhib

  1. Ustaz ..(macammana aku lupa namanya)

Orangnya rendah berjanggut putih. Membaca dua kitab, malam Sabtu beliau membaca Tafsir Ibn Kathir kemudian kuliah subuh pada hari Sabtu membaca kitab Imam Nawawi bab adab bersama alQuran (aku dah lupa nama sebenar kitab ini ). Berusia lebih kurang 45 thn. Masih tidak tahu pendidikannya.

Kalau ada masa berkunjunglah ke Masjid alHidayah, Taman Permata, Melawati. Sila pastikan jadualnya terlebih dahulu dengan mendapatkan di masjid tersebut.

Orang dikawasan ini sudah kenal apabila 2 orang diatas mengimami solat, setelah habis mereka memandang jemaah dan wirid dengan senyap. Kemudian, setelah habis, berdiri untuk mengerjakan solat sunat dan meninggalkan jemaah dibelakang tanpa berdoa mengangkat tangan dan bersalam dengan jemaah-jemaah. Aku rasa seperti solat di Negara arab.

2 bulan di Permata, aku ada kutip ‘permata’ ilmu sekaligus menghadiri kelas Sahih Bukhari dari Us Adlan di Little Khalifah pada hari Rabu.

Ada cerita yang ingin dikongsikan bersama di Masjid BTS (terserempak dengan akob tapi dia tak kenal, mungkin sebab tak pakai kacamata..hehehe).

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments