Didalam
waktu zohor ada sebahagian tempat yang memanfaatkan masa untuk
mengisi kuliah-kuliah. Tidak terlepas tempat kerjaku.
Siapa
yang solat sunat tahiyatul masjid tidak ada masalah.
Walaubagaimanapun, apabila kuliah sedang dijalankan, manakala waktu
zohor sudah masuk, ada kekurangan yang berlaku iaitu tidak ada orang
yang akan tunaikan solat sunat zuhur walaupun ada hadith sahih yang
menerangkan bahawa kadangkala nabi solat sunat 4 rakaat sebelum
zuhur, adakalanya 2 rakaat. Hasilnya, ceramah dikala ini menutup
pintu sunnah diamalkan, malah semakin menjadi satu kewajipan kuliah
sebelum waktu zohor ditangguhkan sehingga jam 2.00. Sedangkan
didalam hadith yang lain, nabi bersabda "Seafdal-afdal solat
diawal waktunya".
Sebenarnya
bukan itu isi yang saya nak bualkan disini. Setiba disurau, saya cuba
ambil buku hadith-hadith sahih yang dikumpulkan oleh Dr Ghani Idris.
Saya sedang mencari fadilat membaca surah alKahfi pada hari Jumaat.
Sedikit terabai dengan kuliah yang sedang disampaikan. Kiranya
mukholafah (asingkan / berlainan) dari orang lain kerana jemaah lain
asyik mendengar ceramah. Ini kerana ustaz yang sedang menyampaikan
bagi saya tidak menjaga keaslian sunnah.

Asyik
saya membaca, telinga saya menangkap "Tajuk kita pada hari ini
ialah fadhilat bulan Rejab!". Saya mula menutup kitab untuk
mengambil perhatian. Bukan sedia mengkritik tetapi saya mula berfikir
setahu yang saya telah baca bahwa Dr Yusuf alQardhawi pernah membuat
statement bahawa terlalu sedikit hadith yang sahih (nanti nak buat
entri hadith sahih di Bulan Rejab) mengenai fadhilat bulan Rejab
seperti hadith yang diriwayatkan oleh asSilafi bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda :
"Kelebihan
Rejab atas segala bulan bagaikan kelebihan Al-Quran atas segala
zikir; kelebihan Sya'ban atas segala bulan adalah seperti kelebihan
Muhammad atas segala para Nabi dan kelebihan Ramadhan atas segala
bulan bagaikan kelebihan Allah atas segala hambanya."
Hadith
ini adalah Maudhu'
Kata
Al-Hafiz Ibnu Hajar : Sanad Hadith thiqah , kecuali Hibatullah
As- Saqathi, dialah yang menjadi penyakitnya. Kata As-Sam'ani
: Ia mendakwa mendengar hadith dari Syeikh - syeikh yang tidak pernah
dilihatnya. Kata Ibnu Nashir : Hibatullah bin Al-Mubarak Al-saqathi
ini tidak thiqah dan nyata dustanya
Sumber:
Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s.
517
Manakala,
ramai ustaz-ustaz yang mengatakan ada hadith kelebihan yang sangat
'famous' iaitu "Awal bulan Ramadhan adalah rahmat ,
pertengahannya keampunan dan akhirnya ialah pembebasan dari Neraka"
Hadith
ini adalah Munkar
Az-Zahabi
menyebutkan dalam Al-Mizan dari riwayat tersebut sanadnya : Hisyam
bin ' Ammar dari jalan Sallam bin Sawwar
dari Maslamah bin Ash-Shalti kemudian Abu Hurairah
Kata
Az-Zahabi : Ibnu 'Adiy berkata : Sallam ini munkar Hadithnya ,
demikian pula kata Al-'Uqaili . Salah satunya ialah hadith ini . ( *
)
Hadis
ini diriwayatkan juga oleh Ibnu Abi Ad-Dunya, Al-Khatib dan Ibn
'Asakir. Kata
Al-Albani:
Hadisnya sangat dhaif.
Sumber:
Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s.
500
Diawal
ceramah lagi ustaz (dari seberang) memerahkan telinga saya dengan
berkata "janganlah ada diantara kita yang menjadi satu golongan
menolak keraian maulid nabi, menolak fadhilat-fadhilat bulan rejab,
tetapi apabila dijemput ke majlis maulid, dia pun ada (jemaah
tergelak, humornya ustaz ini tidak mencuit hatiku pun), jangan pula
kata nabi tak buat, maka tak boleh buat. Itu salah! (yakinnya dia,
bagaimana la majikan aku boleh jemput orang cam ini. Mungkin dasar
keyakinan terhadap ilmu yang ditimba kot, Wallahua'lam)"
Telingaku
mula panas dan merah. Aku letakkan buku didalam almari untuk aku
sedia mendengar semua isi ceramahnya. Hasil dari 45 minit ceramah aku
simpulkan isi kandungan seperti berikut :
1-
Dirikan solat sunat Rejab 20 rakaat
Ustaz
kata diambil dari hadith. Ini kes berat. Tak sebut pula dhoif atau
sebagainya. Maka aku mula menukilkan bahawa semaksima solat nabi
adalah 13 rakaat.
Diriwayatkan
oleh bahawa nabi Sallahu'alaihiwassalam mengerjakan solat sunat
sebanyak 13 rakaat" [Muttafaqun 'alaih]
Malah,
tiada mana-mana ulama yang muktabar menulis solat sunat Rejab. Aku
rasa ustaz ini terlalu banyak menuntut sehingga tidak sebut dari mana
sumbernya.
2-
Membaca Surah al-Ikhlas sebanyak 11 kali didalam bulan Rejab.
Surah
al-Ikhlas dibaca 3 kali bersamaan dengan khatam alQuran adalah sahih
sepertimana diriwayatkan oleh Ali bahawa Rasulullah bersabda "Surah
alIkhlas menyamai sepertiga alQuran"
Aku
mula perhatikan ustaz tadi tidak menyebut langsung sumber hadith baca
surah alIkhlas sebanyak 11 kali walaupun dia beria-ria kata ini
hadith sebut.
3-
Kerjakan qiamullail didalam Rejab seperti yang diriwayatkan oleh
Thauban bahawa dia dan Nabi pergi ke kubur. Kemudian, nabi bersabda
"Dia sedang diseksa ketika tidak pernah bangun malam walau
sekali didalam bulan Rejab"
Hadith
ini khusus qiamullail didalam bulan Rejab?. Sepanjang pengajian dan
tuntutan ilmu saya, tidak ada dan tidak pernah ku dengar hadith ini
melainkan hari kuliah tersebut. Manakala, mengenai perawi Thauban
pernah meriwayatkan didalam hadith Bukhari dan Muslim juga berkenaan
jenazah. Inilah hadithnya :
Diriwayatkan
daripada Thauban r.a, bekas hamba Rasulullah s.a.w katanya:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang melakukan sembahyang
jenazah, maka dia mendapatkan satu qirat (qirat adalah kinayah bagi
ganjaran pahala yang sangat banyak). Jika dia menghadiri
pengebumiannya maka dia mendapat dua qirat. Satu qirat adalah sama
dengan bukit Uhud" [Bukhari, Kitab Pertanian no 2155, Muslim,
Kitab Jenazah no 1575 Ahmad Jilid 5/276]
Hadith
diatas memang sahih tetapi bukan mengenai Rejab sekali-kali. Maaf,
dari mana sumbernya qiamullail yang khusus didirikan didalam Rejab?
4-
Istighar yang banyak didalam bulan Rejab dijanjikan oleh ALlah
akan tertutupnya semua pintu neraka, adanya kolam susu, sejuk seperti
salju dan manis seperti madu dan sebagainya (aku cuba ingat kata-kata
ustaz seberang itu)
Wah
aku rasa dia maksudkan hadith berikut :
Abu
Muhammad Al- Khallal , Ad-Dailami , Al-Ashbahani meriwayatkan dari
Mansor bin Yazid Al-Asadi , dari Musa bin 'Imran , dari Anas bin
Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Bahawasanya
di dalam Syurga ada sebuah sungai yang dipanggil Rejab , airnya lebih
putih daripada susu dan lebih manis daripada madu , barangsiapa
berpuasa sehari sahaja dari bulan Rejab nescaya Allah memberinya
minum dari sungai itu".
Kata
Az-Zahabi : Mansor bin Yazid tidak
dikenali orangnya dan khabarnya ( Hadithnya ) adalah Batil
Sumber:
Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s.
514
Tapi
bukan bab istigfar, tetapi bab puasa. Itu pun batil..
Wah.
Aku juga jahil akan hadith ini. Majhull!! Setahu aku itulah kolam
alKauthar ataupun kolam yang dijadikan ALlah untuk umat Nabi Muhammad
berpuasa.
5-
Boleh berpuasa walaupun penuh tiga puluh hari.
Ini
sudah masuk ghuluw atau tafrit iaitu melampau-melampau
sedangkan ada petunjuk dari nabi bahawa tidak pernah nabi buat puasa
satu bulan melainkan didalam Bulan Ramadhan.
Aku
pernah membaca bahawa riwayat Aisyah menyebut "Dan aku tidak
pemah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh semenjak datang ke
Madinah kecuali Ramadhan... "[Sahih Muslim]
Hadith
yang biasa digunakan Puasa Rejab seperti berikut :
a)Ibnul-Jauzi
menyebutkan dari riwayat Al-Furat bin As-Saib , dari Maimum bin
Mahran dari Abu Zarr r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda :
Ertinya:
"Barangsiapa berpuasa sehari dari bulan Rejab disamakan dengan
puasa sebulan . Barangsiapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab
nescaya ditutup baginya pintu - pintu Neraka Jahim yang tujuh .
Barangsiapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab nescaya dibukakan
bagikan baginya pintu - pintu Syurga yang lapan itu . Barangsiapa
berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab maka Allah menukarkan
kejahatan - kejahatannya dengan kebaikan - kebaikan , dan barangsiapa
berpuasa lapan belas hari dari bulan Rejab nescaya berserulah seorang
penyeru bahawasanya telah diampunkan apa yang telah lalu dan
mulakanlah amalan."
Kata
Ibnul-Jauzi : Hadith ini tidak sah
Kata
Yahya bin Ma'in : Al - Furat bin As-Saib
tidak bernilai apa-apa. Kata Al-Bukhari dan Ad-Daruquthni : Dia
adalah matruk. Dalam sanad juga terdapat Risydin Abu Abdullah yang
juga seorang yang matruk
Sumber:
Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s.
524
Paling-paling
pun orang kata, dalam puasa semua ibadat seperti tidur. Ia
berpandukan hadith maudhu' berikut :
b)
Ad - Dailami meriwayatkan dari Abdullah bin Abi Aufa r.a. bahawasanya
Rasulullah s.a.w bersabda :
"Tidur
orang yang berpuasa itu adalah satu ibadat"
Hadith
ini Maudhu'
Penyakitnya
ialah Sulaiman bin 'Amru , iaitu Abu
Daud An-Nakha'i , seorang pembohong dan sangat terkenal mereka Hadith
. Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar : Lebih daripada tiga puluh orang ( ulama
hadith ) mengatakan ia mereka Hadith .
Sumber:
Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s.
478
Hadith
yang disebarkan 'super-famous' ialah:
c)Ibnu
- Jauzi menyebutkan dari riwayat Muhammad bin Abdul - Baqi dari jalan
Abu Bakr Muhammad bin Al-Hasan An Naqqasy , dari Abu Sa'id r.a.
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Rejab
adalah bulan Allah , Sya'ban bulanku dan Ramdahan bulan umatku..dan
seterusnya yang terlalu panjang untuk dinukilkan.
Kata
Ibnu - Jauzi :Hadith ini adalah Maudhu'
Al-Kasa-i
yang terdapat dalam sanadnya tidak dikenal orangnya . Manakala
An-Naqqassi iaitu Abu Bakar bin Muhammad bin
Al- Hasan An- Naqqassi dituduh berbohong
Sumber:
Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s.
529
Kesimpulan
yang dapat aku buat ialah kita setiap tahun didedahkan dengan ilmu
dan bahan ilmiah akan fadhilat bulan rejab tidak pun melebih bulan
Ramadhan. Malah, terlalu sedikit menyebut akan kelebihan bulan Rejab.
Akhir
kata, aku ingin katakan bahwa kaedah usuliah menyebut "Asal
ibadat itu haram kecuali ada nas yang menunjukkan wujudnya perlakuan
tersebut, manakala asal muamalat itu harus kecuali ada nas
menunjukkan akan keharamannya"
Diriwayatkan
daripada al-Mughirah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w
pernah bersabda: Sesungguhnya pendustaan
terhadapku adalah tidak sama dengan pendustaan yang dilakukan
terhadap seseorang kerana orang yang sengaja mendustakanku akan
disediakan baginya azab dari api Neraka [Bukhari, Kitab
Jenazah no 1209, Muslim, Mukaddimah no 9, TIrmidzi, Kitab Jenazah no
921, Ahmad Juzuk 4/245 & 252]
Wallhua'lam.