Keislaman Ribery terdedah di WC Terbuka Perancis
Oleh : Hadi Yahmid, IOL Correspondent
Tejemahan dan Olahan : Zu’ain
Sumber : www.islam-online.net
PARIS – Pemain Antarabangsa Perancis, Frank Ribery tidak menjangka bahawa kemasukannya ke dalam agama Islam menghalang dirinya untuk beraksi dengan cemerlang didalam Piala Dunia 2006. Beliau terkenal dengan cara mengangkat tangan memohon berdoa sebelum memulakan permainan.

Ribery, 24 tahun menganggap ianya merupakan perkara yang terlalu peribadi dan tidak berminat untuk mendedahkan kepada umum yang mana masyarakat Perancis tidak banyak memahami tujuan sebenar dia memeluk Islam.
Pemain bekas sayap kanan Olympue Marseille itu (kini pemain Bayern Munich yang baru dibeli Julai 2007) tidak berminat memberitahu wartawan mengenai perkara tersebut. Walaupun dia pernah menyatakan bahawa isterinya yang juga muslim yang berasal dari Morocco memainkan peranan paling penting membuatkan kehidupannya lebih bersinar dan bahagia.
Beberapa wartawan pula ada membuat andaian bahawa Ribery mengenalnya (agama Islam) di Galatasaray, Turki pada tahun 2005 apabila dia membantu pasukan tersebut memenangi Piala Turki pada tahun tersebut.
Dia jarang menyebut bagaimana dia memperolehi cahaya keimanan tersebut walaupun sering didesak oleh para wartawan.
Walaupun begitu, dia pernah memberitahu majalah ‘Paris Match’ dia menjalani hidup yang lebih aman dan bahagia selamat bersama Islam.
“Islam ialah sumber kekuatan samada saya berada didalam atau diluar padang” katanya.
“Saya memulakan karier dalam keadaan susah dan aku berhasrat untuk mencari ketenangan yang akhirnya saya dapati Islam adalah penyelesaiannya (mencapai keamanan dan ketenangan hidup)”.
Kemasukan Ribery kedalam agama Islam diberitakan lebih awal oleh majalah ‘L’Express’ awal tahun 2006 setelah mendapati dia berkunjung ke masjid di selatan Masjid.
Bangga
Steve Bradore yang merupakan ahli Persatuan Shehada mengatakan orang muslim di Perancis sepatutnya berbangga dengan kehadiran saudara baru seperti Ribery.
“Dia merupakan sumber kebangaan kami berdasarkan permainannya di padang serta rendah dirinya diluar padang” dia memberitahu Islam-online.net.
Ribery juga cemerlang mengikuti lagenda 3 kali Pemain Dunia Terbaik FIFA, Zinedine Zidane yang telah bersara selepas Piala Dunia baru-baru ini.

Ribery memulakan karier di daerahnya, US Boulogne, kemudian berpindah ke Ales, Brest dan FC Metz.
Kemudian, beliau berpindah ke Olympique Marseille menjadikan beliau antara pemain terbaik bulan Ogos, Oktober dan November 2005. Kemudian, terpilih menjadi skuad utama pasukan Perancis untuk Piala Dunia 2006 di Jerman.