2 orang ‘Nasir
asSunnah’ di Taman Permata, Melawati..
Berpindah dari Taman
Permata ke BTS memang meninggalkan kenangan walaupun hanya 2 bulan.
Ini kerana aku telah meninggalkan Masjid alHidayah, ada 2 orang ustaz
yang aku ‘seronok’ mendengar ceramahnya. Ini ceramah mereka ini
mengutamakan kesahihan hadith (biasa disebut periwayatan hadith
apabila menyebut sumber hadith) dan membawa isu-isu terbaca yang
sedang berlaku. Kedua orang mereka itu :

Ustaz Md Noor
Berpakaian
seperti syeikh di Saudi. Jubah dan ‘igal’ yang jarang aku temui
orang melayu berpakaian begitu ketika berceramah. Macam Dr ‘Aid
Qarni. Bacaan alQuran ketika mengimami solat seperti asSudais.
Pendidikannya di Mesir. Penjelasannya jelas dengan diterangkan
hadith-hadith sekaligus dengan periwayatan. Masih muda dalam
lingkungan 30.
Beliau
mengajar kitab atTarghib wa Tarhib
Ustaz ..(macammana
aku lupa namanya)
Orangnya
rendah berjanggut putih. Membaca dua kitab, malam Sabtu beliau
membaca Tafsir Ibn Kathir kemudian kuliah subuh pada hari Sabtu
membaca kitab Imam Nawawi bab adab bersama alQuran (aku dah lupa nama
sebenar kitab ini ). Berusia lebih kurang 45 thn. Masih tidak tahu
pendidikannya.
Kalau ada masa
berkunjunglah ke Masjid alHidayah, Taman Permata, Melawati. Sila
pastikan jadualnya terlebih dahulu dengan mendapatkan di masjid
tersebut.
Orang dikawasan ini sudah
kenal apabila 2 orang diatas mengimami solat, setelah habis mereka
memandang jemaah dan wirid dengan senyap. Kemudian, setelah habis,
berdiri untuk mengerjakan solat sunat dan meninggalkan jemaah
dibelakang tanpa berdoa mengangkat tangan dan bersalam dengan
jemaah-jemaah. Aku rasa seperti solat di Negara arab.
2 bulan di Permata, aku
ada kutip ‘permata’ ilmu sekaligus menghadiri kelas Sahih Bukhari
dari Us Adlan di Little Khalifah pada hari Rabu.
Ada cerita yang ingin
dikongsikan bersama di Masjid BTS (terserempak dengan akob tapi dia
tak kenal, mungkin sebab tak pakai kacamata..hehehe).
Posted at 03:16 am by
ibnuhazam